Oleh. Koijul Hairol
DUN Inanam. Pemimpin parti politik setempat perlu memainkan peranan membantu pasukan keselamatan bagi membasmi kebanjiran penjual rokok seludup yang aktif bergerak disetiap lorong terbuka kawasan pekan Inanam.
Kebanjiran mereka (penjual rokok seludup) didorong oleh permintaan pembeli setiap hari tanpa mengira bangsa dan agama malah semua bangsa dilaporkan sanggup menjadi pelanggan penjual rokok seludup sehingga mereka memenuhi setiap pekan kecil dipelusuk negeri ini ujar orang anti rokok seludup.
Menurut orang ramai anti rokok seludup, Inanam merupakan sarang utama mereka (penjual rokok seludup) memasarkan jualan mereka setiap hari tanpa menghiraukan mata orang ramai memandang disekeliling mereka setiap hari umpama pekan Inanam tu milik mereka.
Media Terkini dimaklumkan bahawa golongan penjual rokok seludup pekan Inanam akan berlari laju melihat kumpulan anggota keselamatan untuk tujuan mengelak dari ditangkap tanpa mengira kenderaan didepan laluan mereka jelas peniaga kedai pekan Inanam.
Menurut warga pekan Inanam, sudah tiba masanya pemimpin pelbagai parti politik DUN Inanam mengadakan seminar kesedaran terhadap semua perokok agar menjauhi golongan penjual rokok seludup yang bergerak setiap hari jika mereka mahu membasmi pedagang terlibat dari terus dilanggani semua orang lapor warga setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productionds House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan