Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Umno dan Barisan Nasional perlu memantapkan perjuangan bermula dari bahagian, cawangan dan setiap lapisan masyarakat yang berdaftar sebagai pemilih sebaik sahaja selesai perhimpunan agong UMNO hari ini.
Semua jentera pemimpin UMNO perlu berkerjasama memberi keyakinan seluruh rakyat berdaftar sebagai pemilih diseluruh negara khususnya dalam negeri Sabah.
Untuk rekod, sejak kerajaan BN Sabah tewas kepada pakatan harapan dan warisan lalu puluhan ribu dilaporkan meninggalkan parti parti komponen BN dinegeri Sabah, cabaran ini perlu disegerakan oleh UMNO dan BN memberi keyakinan seluruh rakyat jelata bagi mengembalikan sokongan terhadap perjuangan BN khususnya UMNO agar boleh menawan semula dua pertiga kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang.
Pandangan beberapa pemerhati politik dalam tinjauan kru media terkini diseluruh negara sehingga ke Sabah bagi merumuskan kekuatan UMNO BN sehingga ke akar umbi selepas BN bertukar kerajaan dengan pakatan harapan lebih kurang 22 bulan yang lalu.
Mesej dalam himpunan agung UMNO tidak akan bermakna jika tidak direalisasikan oleh semua ahli parti tersebut sehingga keseluruh lapisan rakyat jelata dipelusuk negara ini menjelang PRU kali ke 15 akan datang.
Sehingga ke hari ini rakyat jelata seluruh negara masih ramai yang bersama dengan perjuangan beberapa parti pembangkang bagi menyekat kekuatan UMNO dan BN menerajui pemerintahan negara selepas PRU kali ke 15 akan datang.
Apapun cabaran kepimpinan Bahagian dan Cawangan UMNO serta kompenan BN sentiasa diperhatikan oleh seluruh lapisan rakyat jelata setiap masa, suara berkobar kobar dalam perhimpunan parti politik mereka tidak menjamin rakyat pantas kembali menyokong mereka tanpa usaha kepimpinan bahagian serta cawangan menerangkan keprihatinan mereka membawa perubahan keatas segenap lapisan masyarakat memberi sokongan parti parti politik mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan