Selasa, 22 Mac 2022

PEMIMPIN PERLU SANTUNI RAKYAT 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. UMNO dalam negeri ini mampu meraih sokongan jika kepimpinan bahagian benar benar prihatin pada semua kaum rakyat jelata sehingga pilihan raya kali ke 15 akan datang. 

UMNO Sabah juga boleh diterima semua kaum dalam Sabah jika ada usaha pemimpin bahagian lebih mendekati semua rakyat didalam kawasan masing masing sepanjang masa. 

Sebaliknya rakyat jelata akan meneliti  semua pemimpin parti politik diperingkat bahagian dan cawangan sejauh manakah keprihatinan serta tanggungjawab mereka kepada rakyat dalam kawasan masing masing.

Antara lontaran naluri rakyat jelata bagi melihat masa hadapan perjuangan jitu UMNO negeri Sabah mendepani politik Sabahan yang kerap dimainkan parti lawan demi meraih sokongan penuh majoriti pengundi Sabahan setiap pilihan raya.

Jika propaganda parti lawan tidak ditepis kepimpinan bahagian dan cawangan UMNO BN tidak berjaya mendapat sokongan penuh pengundi didalam pilihan raya ke 15 akan datang.

UMNO diperingkat bahagian dan cawangan perlu menggandakan usaha bagi meyakinkan seluruh warga dalam negeri ini agar sama sama memberi sokongan terhadap parti mereka dan BN amnya jika mahu menawan 25 kerusi parlimen negeri ini jelas warga Sabah yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan