Rabu, 9 Mac 2022

PARLIMEN TUARAN DALAM TEKA TEKI?  
. Oleh. Gason Dumiri

Sejak beberapa bulan lepas sehingga hari ini gerakan kumpulan parti politik saling melobi melaporkan nama nama calon dari kepimpinan mereka akan bertarung merebut calon bagi Parlimen Tuaran dalam PRU ke 15 akan datang.  

Pelbagai cerita menarik dilemparkan kepada rakyat yang mendekati mereka bagai  terlalu yakin kemenangan nama calon yang diumumkan walaupun pihak terlibat tidak pernah menemui rakyat secara berdepan muka ujar orang ramai.

Kumpulan bergerak terlibat begitu yakin seluruh pengundi parlimen Tuaran sentiasa menyokong semua yang mereka cakapkan walaupun ketua ketua parti parlimen Tuaran belum mengumumkan calon mereka dalam PRU ke 15 akan datang. 

Dalam tinjauan Media Terkini kawasan Parlimen Tuaran dari DUN Kiulu, DUN Tampaluri, DUN Sulaman dan DUN Dalit sebilangan besar pengundi mengaku tidak terperangkap dengan kata kata orang broker parti yang berkempen  mewakili nama yang dikatakan menjadi calon berikutan ketua ketua parti belum lagi menemui rakyat secara bersemuka penuh ujar mereka. 

Golongan Broker parti politik  juga bagai selamba tidak mengenali kru Media yang memerhati gelagat mereka menemui rakyat pengundi kawasan terlibat umpama semua boleh dijanjikan namun sukar diramal kejayaan yang mereka rancangkan sekadar kata kata air liur sahaja. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan