Jumaat, 11 Mac 2022

COVID  19 DUNIA TERUS MEMBUNUH  

Oleh. Huzera Ben. 

Brazil. Pelbagai vairus Covid 19 seluruh dunia yang membunuh manusia walaupun sudah divaksin sehingga hari ini termasuk lah negara negara maju masa kini. 

Rekod dunia hari ini mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 lebih 6,069,637 orang manakala jangkitan lebih 451,059,729 orang dan masih didalam rawatan ialah 67,882,643 orang. 

Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 ialah 983,837 orang, disusuli negara Brazil 651,988 orang manakala negara India 515,063 orang, negara Rusia 355,537 orang. 

Turut mencatatkan kematian terbanyak serangan virus Covid 19 ialah negara Mexico dengan 319,824 orang, negara Peru 210,995 orang, dan negara United Kingdom 162,008 orang, negara Sepanyol lebih 159,605 orang. 

Bagi negara Itali korban Covid 19 ialah 155,782 orang, disusuli negara Indonesia 149,918 orang, negara Colombia 139,037 orang, negara  Perancis 139,243 orang, negara Iran 137,747 orang. 

Menurut rekod negara negara tersebut mereka telah memberi vaksin terbanyak keatas rakyat mereka sejak setahun yang lalu namun pelbagai jenis virus covid 19 terus membunuh tanpa memilih jantina dan usia asalkan lalai dalam penjagaan kendiri setiap masyarakat setempat. 

Tidak terkecuali negara Argentina merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 126,708 orang, negara Jerman lebih 124,676 orang, negara Poland lebih 112,535 orang, negara Ukraine 105,505 orang, negara Afrika Selatan lebih 99,543 orang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan