Oleh. Gason Dumiri
Sabah. Menjelang pilihan raya parlimen kali ke 15 sudah pasti rakyat bakal memilih parti yang mereka jadikan pemimpin antara Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah?, persoalan ini sudah tentu bermain main dalam minda rakyat dipelusuk negeri Sabah sejak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diumumkan telah mendapat sijil kelulusan dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia beberapa hari yang lepas oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Noor Ketua Menteri Sabah.
Dalam pengumuman ini, adakah Barisan Nasional seperti UMNO, PBRS, MCA dan MIC akan menyertai GRS dan mengguna logo nya dalam pilihan raya tanpa menggunakan logo BN lagi dalam saat kemuncaknya sokongan rakyat terhadap logo Barisan Nasional diseluruh negara masa kini.
Langkah rakyat Johor memberi undi kemenangan 40 kerusi dengan Logo Barisan Nasional membuktikan logo tersebut telah diterima pakai dan muda dikenali semua rakyat sehingga kini sebagai simbol gah memimpin negara walaupun banyak mendepani pelbagai cabaran diluar jangka namun kini seluruh rakyat Malaysia terus mengakui kekuatan simbol tersebut.
Rakyat Sabah yakin para pemimpin parti dalam kompenan Barisan Nasional seperti UMNO, PBRS, MCA dan MIC Sabah mampu mempertahankan logo keramat Barisan Nasional dengan semangat kerja turun padang bersama rakyat jelata disegenap lapisan masyarakat bermula dari sekarang sehingga pilihan raya kali ke 15 akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan