Jumaat, 18 Mac 2022

LANGGAR SOP TIADA TINDAKAN 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Beratus orang dilaporkan melanggar SOP dikhalayak ramai setiap hari namun kurang pemantauan dilakukan pihak berkuasa dalam negeri malah selamba sahaja mata orang ramai melihat golongan terlibat

Kebanyakan yang melanggar SOP ini dilaporkan golongan dewasa lelaki dan wanita tanpa rasa serba salah menjadi tontonan masyarakat sekeliling ujar orang ramai yang ditemui. 

Sampai bilakah kerajaan Sabah memperketatkan SOP penjarakan diri dan pelitup muka bagi melindungi jangkitan pelbagai virus Covid 19 soal rakyat yang ditemui.  

Kru Media terkini yang membuat tinjauan bersama penduduk tempatan berhubung isu perlanggaran SOP mendapati ramai orang Sabah bersekongkol dengan warga asing tidak memakai pelitup muka dengan sempurna, pelbagai gelagat memakai pelitup muka seperti menggantung pada bahagian dagu malah ada yang langsung tidak ada pelitup muka berjalan jalan dibandar dan pekan tanpa rasa takut diperhatikan orang ramai. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan