Selasa, 29 Mac 2022

TIADA MASA COVID 19 BERAKHIR 
Oleh. Huzera Ben
Brazil. Virus Covid 19 kini telah membunuh 6,203,505 orang diseluruh dunia manakala jangkitan lebih 488,777,747 orang sejak tahun 2020 dengan masih dalam rawatan sehingga kini lebih 66,306,591 orang. 

Negara Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian sehingga kini 1,004,244 orang disusuli negara Brazil 659,012 orang manakala India juga merekodkan 521,098 orang. 

Bagi negara Rusia juga merekodkan kematian serangan virus Covid 19 lebih 368,025 orang, negara Mexico lebih 322,761 orang kematian serangan virus Covid 19, manakala negara Peru virus Covid 19 membunuh lebih 212,157 orang. 

Turut diserang terbanyak virus Covid 19 dalam dunia masa kini ialah negara United Kingdom lebih  164,671 orang dengan disusuli negara Sepanyol dengan catatan 159,605 orang dan negara Itali juga mencatat kematian serangan lebih 158,877 orang. 

Turut mengejar  tertinggi   kematian serangan pelbagai virus Covid 19 ialah negara Indonesia 154,
828 orang, sementara negara Perancis dengan kematian 141,821 orang manakala negara Iran lebih 140,109 orang. 

Negara Colombia merekodkan kematian  serangan virus Covid 19 berjumlah 139,585 orang manakala negara Jerman lebih 129,360 orang dan negara Argentina terus merekodkan tertinggi kematian  serangan Covid 19 dengan angka 127,943 orang. 

Dalam kegemilangan negara negara maju membangun pelbagai jenis vaksin bagi menyuntik setiap manusia dalam negara masing masing Covid 19 terus meragut nyawa di negara Poland lebih 114,939 orang, sementara negara Ukraine lebih 107,861 orang dan negara Afrika Selatan lebih 99,970 orang terbunuh oleh Covid 19 walaupun semua negara terlibat telah banyak menempah pelbagai jenis vaksin diagih pada rakyat mereka. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan