Sabtu, 12 Mac 2022

CONTOHI JENTERA KOMBINASI BN DAN RAKYAT 

Oleh. Norzailina Abdullah 
Johor. Kombinasi rakyat Johor menerima perjuangan jitu sebilangan besar pemimpin Barisan Nasional negeri perlu dicontohi jika setiap negeri mahu kekuatan suara dalam kerajaan negeri masing masing.

Tonggak kejujuran dan kebertanggungjawaban pemimpin BN kepada rakyat di Johor antara faktor rakyat memberikan 40 kerusi DUN pada Barisan Nasional pada PRN negeri 12 March 2022 disamping banyak yang tidak keluar mengundi sebagai protes tidak suka pilihan raya berulangkali. 

Menurut beberapa aktivis politik tempatan, jika BN setiap negeri berjuang telus, jujur, prihatin, tidak meminggirkan setiap rakyat dalam kawasan mereka perkara mustahil rakyat setiap negeri mampu mengembalikan kekuatan BN menerajui kerajaan disetiap negeri mahupun peringkat Parlimen akan datang ujar mereka. 

Bagi pemimpin parti pembangkang juga boleh memperbaharui jentera baharu politik mereka sehingga diterima rakyat dengan cara mereka sendiri memandangkan segala janji dan slogan mereka berkempen pada PRN Johor jelas ditolak sebilangan besar rakyat jelata bangsa Johor.  

Hanya kombinasi pemimpin parti politik dan seluruh rakyat jelata yang mengundi tanpa ada yang tersisih sahaja mampu mengembalikan kekuatan sesebuah gabungan parti politik besar diseluruh negara dalam masa jangka panjang.  










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan