Jumaat, 11 Mac 2022

SIAPA BERKUASA PEMINTA SEDEKAH BERKELIARAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Penduduk asli Sabah persoal siapa berkuasa pengemis jalanan diseluruh Kota Kinabalu keluar masuk kedai kedai makan mendukung anak anak kecil meraih simpati. 

Kumpulan pengemis jalanan dilaporkan berbahasa asing sehingga sukar difahami orang asli Sabahan disamping marah jika orang tidak bahagi derma kewangan jelas orang ramai. 

Terdapat juga pengemis jalanan yang ganas marah orang didepan mata jika enggan menghulur wang derma terhadap mereka namun usaha membenteras serta menghalang mereka tidak jelas kelihatan termasuklah permission kedai kedai tidak berani menghalang golongan berkenaan memasuki kedai yang dipenuhi pelanggan. 

Antara suara penduduk Sabah yang menemui kru media semasa membuat tinjauan sekitar Kota Kinabalu, Likas, Inanam dan Menggatal berikutan aduan masyarakat setempat yang bosan dikerumuni peminta sedekah jalanan hampir setiap hari ujar mereka. 

Peminta sedekah ini dikuasai golongan wanita dengan membawa anak anak kecil dibawah usia 3 tahun demi meraih simpati orang ramai dengan teknik babu terlibat akan menangis setiap kali pertemuan terlibat meminta derma dari orang ramai menyebabkan simpati menghulurkan rm20 keatas lapor masyarakat yang ditemui.

Semoga dengan pendedahan ini kerajaam Sabah dapat membantu masyarakat negeri ini bagi melakukan operasi setiap hari menahan peminta sedekah jalanan di merata pekan agar negeri bersih dari pengemis sepanjang masa. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan