Jumaat, 11 Mac 2022

RAKYAT MAHU PBS MUKA BAHARU 

Oleh. Jasly Dollah 

Kadamaian. Semua perwakilan PBS dalam Mesyuarat Agong parti akan datang perlu mendengar suara rakyat pengundi Kadamaian agar memilih pemimpin muka baharu demi kesinambungan legasi sokongan majoriti sepanjang tiga tahun akan datang. 

Hanya perubahan besar kepimpinan PBS bahagian Kadamain yang baharu mampu menarik semula sokongan rakyat setempat  dalam menghadapi pilihan raya parlimen kali ke 15 demi meraih kemenangan. 

DUN Kadamaian merupakan sinonim kerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) setiap kali pilihan raya yang diagihkan Barisan Nasional namun dilaporkan sudah dua penggal parti UPKO dari Pakatan Harapan masa kini menawan kerusi tersebut akibat diundi oleh rakyat sebagai protes kepimpinan PBS setempat yang tidak banyak pembaharuan ujar penduduk setempat. 

Menurut beberapa ahli PBS Kadamaian yang dihubungi hari ini, Mesyuarat Agong parti tersebut akan diadakan pada 18 March 2022 akan datang namun para perwakilan dari peringkat cawangan dilaporkan berteka teki siapakah pemimpin baharu yang mereka pilih bagi 3 tahun akan datang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan