Rabu, 16 Mac 2022

KEPIMPINAN MUKA BARU KIAN TERSERLAH 

Oleh. Norafzah Dollah 

Kota Belud. Sebilangan warga desa DUN Kadamaian, mengharap semua perwakilan PBS ke Mesyuarat pemilihan bahagian pada 18 March 2022,  boleh  membawa usul menukar kepimpinan baharu diperingkat bahagian,  sebagai memperkasa sokongan menjelang PRU kali ke 15 akan datang. 

Warga desa DUN Kadamaian juga mengharapkan semua perwakilan cawangan,  lebih mengutamakan kepimpinan baharu tertinggi bahagian sebagai meneruskan legasi sokongan, seluruh rakyat setempat disamping menghargai gandingan mantap sebilangan pemimpin lama ujar mereka. 

Seandainya kepimpinan baharu diperingkat tertinggi  bahagian bertukar muka baharu, elok juga perwakilan mempertahankan beberapa pemimpin lama yang berpengalaman,  demi jentera menawan undi diseluruh kawasan Kadamaian dalam pilihan raya parlimen akan datang.  

Hanya kuasa seluruh perwakilan cawangan yang diharap warga kampung  membawa perubahan kepimpinan baharu bahagian mereka, namun adalah penting pemimpin lama seorang dua dalam AJK bahagian dikekalkan sebagai mengimbangi  sokongan bersama yang lebih berpengaruh tegas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa sokongan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House  Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan