Oleh. Gifkir Aming
Semua parti politik dalam negeri ini sudah rancak melakar perjuangan diceritakan terhadap seluruh rakyat setiap hari melalui pelbagai saluran demi meraih sokongan jika mereka dicalonkan.
Semua kata dilontarkan mampu menggapai bulan bintang dan matahari sebagai menarik sokongan rakyat jelata namun segelas kopi sekalipun rumpun rakyat jelata yang membayarnya sejak kebelakangan ini ujar mereka yang ditemui.
Kru media yang berusaha menjejaki beberapa pemimpin parti politik Sabah keciwa berikutan tidak ada maklum balas yang diterima walau panggilan telipon serta Watsap tanpa sebab yang munasabah.
Dua puluh lima kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN Sabah juga terus menjadi rebutan semua parti politik dengan harapan pilihan raya akan datang parti mereka yang mahu bertanding dan bakal menjadi wakil rakyat selama lima tahun.
Apapun cerita orang parti politik hanya rakyat keseluruhan mampu menentukan kemenangan mereka dalam undian pilihan raya jika dasar juang mereka menyeluruh dan mengenali seluruh pengundi dikawasan mereka tandingi.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan