Selasa, 1 Mac 2022

KUMPULAN PEMINTA SEDEKAH MEMAKSA 

Oleh. Koijul Hairul

Kota Kinabalu. Tindakan kumpulan peminta sedekah mendesak meminta wang sesiapa sahaja yang melintasi mereka sangat menakutkan orang ramai tanpa tindakan pihak berkuasa tempatan. 

Kumpulan terlibat masih memperalatkan kanak kanak kecil sebagai pelembut hati orang ramai agar memberi wang sumbangan besar melihat anak kecil menangis dalam dakapan mereka (peminta sedekah) setiap hari. 

Kumpulan terlibat juga sukar bercakap Melayu melainkan berbahasa dengan loghat bahasa dari kepulauan negara jiran yang boleh difahami sebilangan penduduk Sabah lapor penduduk tempatan. 

Sehingga berita ini ditulis terlalu sukar melihat pihak berkuasa Memantau  Sirius peminta sedekah ini dalam kawasan daerah Kota Kinabalu seperti Inanam dan Menggatal serta beberapa kawasan berhampiran lapor orang ramai. 
 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan