Isnin, 7 Mac 2022

SIAPAKAH PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT? 

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Belud . Parti Bersatu Sabah sedang menjalankan pemilihan bahagian diseluruh Sabah dalam tahun 2022 bagi memilih diperingkat pusat sebaik selesai mengadakan pemilihan bahagian. 

PBS Bahagian Kadamaian dilaporkan bersaing sengit pemilihan dari Ketua Bahagian sehingga lah kepada AJK Bahagian yang dilaporkan bakal dipilih perwakilan dari 70 lebih cawangan  dijangka 18 March 2022 akan datang. 

Pemilihan PBS Bahagian dan Pusat juga membentuk corak kepimpinan parti tersebut pada tahun ini sejauh manakah perubahan kepimpinan mereka berubah dimata rakyat sekuat dalam kegemilangan diperingkat awal PBS pada era tahun 1985 dahulu. 

Menurut pemerhati politik Sabah, jika seluruh bahagian PBS mampu merubah kepimpinan baharu maka kemungkinan diperingkat pusat juga mampu merubah kepimpinan baharu juga demi meraih sokongan seluruh rakyat Sabah bagi menghadapi PRU ke 15 akan datang. 

Kru Media Terkini yang berusaha menghubungi calon calon yang bertanding di Bahagian Kadamaian gagal berikutan panggilan tidak ada jawapan. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan