Sabtu, 26 Mac 2022

SIAPA BERPENGARUH 

Oleh. Kuijol


 Hairul 

Sabah. Sebut sahaja Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah  mungkin ramai keliru dengan mengaitkan perbezaan Malaya dengan Kesabaran yang disebarkan orang orang politik dalam kumpulan masing masing.

Berdasarkan kepada laporan pemerhati politik  Sabahan   Barisan Nasional dalam negeri ini disertai PBRS,  MIC,  MCA, UMNO dimana Sabah UMNO mempunyai SIJIL KUASA OUTONOMI sendiri dengan tidak bersandar dengan suara mutlak Malaya dalam parti mereka.

Dalam perkembangan GRS yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah selaku Pengurusi PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA yang juga berpusat dari Kuala Lumpur walau disertai beberapa parti dari tempatan Sabah  namun PPBM dilaporkan belum mengumumkan kuasa Vetor seperti UMNO sehingga kini terang pemerhati politik Sabahan.

Kepimpinan antara BARISAN NASIONAL dengan Gabungan Rakyat Sabah dipimpin oleh semua orang Sabahan dengan bergabung beberapa parti tempatan sungguh diluar dugaan bagi mendepani Pakatan Harapan dan Warisan menjelang PRU kali ke 15 akan datang. 

Menurut sumber tinjauan orang lama dalam politik Sabahan, rakyat jelata lebih kenal dengan logo BN sedangkan GRS baharu lagi dalam pendengaran mereka yang boleh memberi bahan senjata pihak PH dan Warisan pada kempen pilihan raya kali ke 15 akan datang.

Terserah pada kebijaksanaan rakyat jelata Sabah yang berdaftar sebagai pemilih dalam mendepani PRU kali ke 15.  





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan