Isnin, 14 Mac 2022

KEPIMPINAN BAHARU PBS SANGAT PENTING 

Oleh. Gifkir Aming 

Kadamaian.

Sebilangan penyokong PBS Kadamaian yakin pembaharuan kepimpinan PBS Bahagian Kadamaian mampu meraih sokongan semua penyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ke 15 akan datang. 

Selain dari itu penyokong Gabungan Rakyat Sabah kawasan Kadamaian mampu berjuang bersama jika teraju kepimpinan PBS Bahagian Kadamaian dapat diambil alih tampuk kepimpinan baharu sebagai langkah meraih sokongan diperingkat Parlimen mahupun DUN akan datang.

PBS bahagian Kadamaian dilaporkan bertanding dua penjuru merebut jawatan Ketua Bahagian dalam masa terdekat ini masing masing sama kuat namun dilapor berbeza sokongan masyarakat berbilang kefahaman  parti  politik   dikawasan tersebut terang   orang ramai yang ditemui. 

Keputusan pemilihan parti PBS bahagian Kadamaian terletak pada tangan semua perwakilan setiap cawangan diseluruh kawasan tersebut ujar  beberapa penduduk setempat yang ditemui. 

Semua perwakilan dalam pemilihan pemimpin bahagian PBS Kadamaian dilaporkan sudah bersiap siaga memilih pemimpin mereka yang mampu diterima seluruh parti komponen BN dan GRS Kota Belud demi menawan semula kerusi parlimen Kota Belud serta DUN Kadamaian  yang dikuasai parti pembangkang masa kini. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan