PUSAT RIADAH HEIKING GONIPIS
Oleh. Gifkir Aming
Sempadan Kota Kinabalu dengan Tuaran tersergam satu tempat pusat riadah Heiking yang kaya dengan tumbuh tumbuhan menghijau alam semulajadi sangat menarik dilaporkan protim penaja penjaga pusat riadah berkenaan.
Sejak Covid 19 melanda Sabah khususnya Kota Kinabalu dan Tuaran pusat riadah yang digelar Bukit Gonipis Dongkungon Kinikiran dan Sogindai (Geran Tanah Individu) sunyi sepi tanpa pengunjung akibat penutupan dibuat pihak protem penjaga pusat riadah tersebut.
Dalam pengumuman penutupan pusat riadah berkenaan terdapat laporan wujud pihak pencuri khazanah tumbuhan bunga bungaan yang cantik dikawasan sepanjang jalan melintasi pusat riadah berkenaan untuk dijual orang luar melibatkan pembeli dikalangan kakitangan kerajaan oleh pihak pencuri tanpa memberitahu protem penjaga pusat riadah terlibat.
Selain dari itu semua harga bunga curian dijual dari tanah geran individu dipusat riadah terlibat langsung tidak dibahagi kepada empunya tanah termasuklah tanah geran tapak menyimpan bunga bungaan golongan terlibat yang dilaporkan masyarakat setempat telah memutuskan hubungan kekeluargaan saudara saudara kandung lelaki mereka.
Kumpulan pencuri bunga bungaan juga tidak berlesen sebagai penanam dan penjual bunga bungaan disamping tidak membayar sewa tapak penyimpanan bunga bungaan mereka setiap bulan walaupun laris jualan mereka setiap hari jelas penduduk setempat.
Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan berita dan memuatkan sebarang iklan perniagaan tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan