DEMOKRAT TERAJUI KEPIMPINAN PRESIDEN
Oleh. Huzera Ben
New York. Parti Demokrat mendapat kepercayaan memimpin Amerika Syarikat berikutan Joseph Robinette Biden JR atau Joe Biden menang dengan jumlah 284 undi elektoral menewaskan Donald Trump dari Parti Republikan dengan hanya 214 undi elektoral sahaja.
Sementara itu Naib Presiden pula diterajui Kamala Haris dilaporkan memiliki pertalian darah Jamaica dan India wanita pertama kulit hitam menjadi naib presiden negara ini.
Joe Biden 77 tahun menerajui Presiden Amerika Syarikat ke 46 memiliki pelbagai sejarah kehidupan yang mampu membantu beliau memimpin negara dengan bijaksana sebaik mungkin.
Bertanding jawatan Presiden sebanyak dua kali namun tewas memberikan semangat Joe Biden memperkasa kempen politik beliau sehingga menang di Pennsylvania, Arizona, California, New York, Minnesota dan New Hampshire.
Kemenangan Joe Biden telah dijangka seluruh warga New York yang amat yakin mampu mentabdir negara mereka seimbang tanpa berlaku keteresan dalam memperjuangkan ekonomi negara serta membela rakyat seimbang kulit putih dengan kulit hitam tegas mereka.
Gandingan Joe Biden dengan Kamala Haris juga memberi keyakinan bukan sahaja dikalangan rakyat kulit putih malah dianggap satu kemenangan besar dikalangan rakyat kulit hitam seluruh Amerika Syarikat dalam 46 kali bertukar Presiden mereka.
Nota. Dilarang membuat catatan ulasan berita atau memuatkan pelbagai iklan perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan