ERA 1860 AN BORNEO RAMAI PAHLAWAN TENAGA BATIN
Oleh. Helary Sukiono
Pra sejarah Kalimantan Borneo Sarawak dan Sabah ramai memiliki kekuatan luar biasa berperang dengan musuh sekadar menggunakan Pedang Terpilih bagi mencantas kepala musuh sebagai menguji kekuatan dan ketangkasan pahlawan setiap daerah (masa kini) namun ketika itu hanya menjaga kawasan mukim masing masing.
Sesiapa yang tangkas menyerang musuh dalam era tahun 1860 an maka ianya dianggap pahlawan mukim masing masing mewakili berhadapan dengan daerah sesama pahlawan yang telah teruji beberapa kali diperingkat mukim sehingga mampu mengumpul kepala musuh yang disimpan dalam rumah sulap khas dijaga penuh adat istiadat mengikut kaum masing masing.
Tidak hairan lah zaman era 1860 an dan pada awal sebelumnya setiap mukim ada sahaja rumah sulap berdiri teguh tempat menyimpan tengkorak kepala musuh musuh mereka dan hanya pelawat tertentu sahaja dibenarkan melihatnya sebagai mempamerkan kehebatan pahlawan yang mewakili etnik suku kaum masing masing walaupun sekadar menggunakan pedang dimana ada pahlawan menggunakan Rambut Musuh dilekatkan pada Hulu Pedang nya sebagai bukti kepahlawanan mereka.
Semakin lebat rambut di Hulu Pedang mereka semakin banyak kepala musuh yang telah dicantas pahlawan terlibat dimana dilaporkan sepanjang masa lampau Kalimantan Borneo Sarawak dan Sabah belum ada pemerintah tetap seperti masaa kini.
Apapun sejarah Pahlawan Pedang Kalimantan Borneo Sarawak dan Sabah dahulu terus terpahat dalam minda generasi muda mudi mereka yang tinggal di desa desa terpencil sehingga kini walaupun sudah tidak ada Cantas Kepala namun masih ada yang mengamalkan Ilmu Kebal sehingga tidak berbekas walau ditusuk dengan Pedang tegas masyarakat setempat.
.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita mahupun menyiarkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbiy. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan