Oleh. Koijul Hairul
INDAH SUNGGUH TUMBUHAN ALAM
Sabah. Tumbuhan meliar dihutan belantara 50 tahun yang lampau tidak siapa yang mahu mendekatinya walaupun tanah sendiri akibat cukup tertib masyarakatnya.
Ribuan tumbuhan cantik bebas hidup dikawasan tanah tanah tinggi tanpa kelihatan mahluk perosak memetik sehelaipun dedaun apa tak lagi bunganya menyebabkan bumi ini terus kaya dengan khazanah alam yang luar biasa.
Hari ini segala tumbuhan cantik dihutan belantara terus dikutip oleh tangan tangan manusia yang tamak haloba walaupun semua inci tanah masa kini telah dimiliki dengan geran individu namun tangan tamak haloba tidak pernah sedar bagi menghentikan nya.
Sejak beberapa bulan lalu penduduk Sabah berlumba lumba membuka Nasuery (Penanam Bunga Jualan) tanpa menghiraukan berlesen atau tidak sehingga setiap hari menceroboh tanah orang mencuri bunga bunga cantik tumbuh meliar tanpa meminta izin apa tak lagi membahagi hasil bunga terlibat pada pemilik tanah.
Terdapat juga laporan penduduk kampung kes seumpama terhadap pemimpin setempat namun terdapat juga pemimpin yang sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sebaik bersurai dengan pengadu jelas Queter Paulus penduduk kawasan Tuaran.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau menceroboh menyiarkan iklan perniagaan disudut ulasan akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan