Oleh. Williem Anak Lagau
Kota Kinabalu. Tindakan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi kawasan Kg. Numbak Menggatal dan Skim Penempatan Pelarian Telipok disambut baik masyarakat sekitar demi membendung penularan penyakit Covid 19 bukan sahaja etnik mereka malah melibatkan masyarakat sekeliling yang hampir penempatan mereka.
Seperkara yang harus diteliti pihak petugas mengawal PKPD kawasan tersebut ialah setiap lorong tikus yang dijadikan penduduk setempat keluar berjalan kaki kepekan berhampiran atau berpindah menumpang dirumah etnik mereka yang tinggal ditempat berhampiran perlu dipantau setiap masa agar tidak ada yang terlepas dalam PKPD ujar orang ramai.
Menurut sebilangan rakyat Telipok antara kebimbangan mereka ialah golongan penjual Rokok Seludup yang berkeliaran bebas menjual rokok mereka dipekan Telipok serta Pekan Menggatal sedangkan menghuni di Skim Penempatan Pelarian Telipok ujar mereka.
Adalah menjadi harapan masyarakat Mukim Telipok supaya semua yang tinggal di Skim Penempatan Pelarian Telipok tidak ada seorang pun dibenarkan berkeliaran menjual rokok seludup dipekan tersebut termasuklah prebet sapu mengangkut penumpang keluar masuk dari penempatan khususnya mereka yang menggunakan laluan berjalan kaki dikeliling penempatan tersebut ujar masyarakat Telipok.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita mahupun mempromosi iklan perniagaan didalam akbar ni tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan