Rabu, 11 November 2020


  PENINGKATAN KES COVID 19 ?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Peningkatan kes Covid 19 perlu penelitian jangkitan klauster dikalangan masyarakat seluruh negara yang kurang menitikberatkan pematuhan SOP dalam apa juga keadaan terutama dalam perasaan sihat sekalipun keadaan mereka. 

Antara penyebaran virus sehingga wujud pelbagai klauster adalah berpunca dari sentuhan tapak tangan mahupun pertembungan setiap badan yang sengaja dilagakan secara sengaja walaupun golongan terlibat belum mengetahui virus Covid 19 ada dalam badan mereka.

Setiap hari kerajaan Malaysia dan setiap negeri kerap menghebahkan nasihat penjagaan jarak SOP namun dilaporkan masyarakat sekeliling kurang menjaga jarak mereka setiap hari walaupun mereka tahu Covid 19 belum ada penawar namun kurang berwaspada dalam menghindari jangkitan penyakit tersebut.







Nota. Dilarang membuat catatan ulasan mahupun memasuk iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan