Isnin, 9 November 2020

 ROMPAK BANK GUNA TEROWONG BAWAH TANAH BUKA MATA 

Oleh. Huzera Ben

Milan. Kejadian perompak memasuki Bank menggunakan Terowong Bawah tanah membuka mata dunia berikutan kepakaran dan kejayaan dua perompak mengesan terowong tersebut menuju kedalam bank, kejadian tersebut berlaku di Bank Credit Agricole di Plaza Ascoli dekat sini dimana dua lagi rakan perompak menyamar sebagai pelanggan memaauki pintu semasa dibuka petugas jam 8.30 minit pagi sebelum mengacukan pistol kepada petugas didalam bank tersebut.

Dua perompak yang menggunakan terowong bawah tanah telah menjadikan pengurus bank sebagai tebusan sebelum semua mereka membawa rompakan wang didalam bank melarikan diri melalui terowong bawah tanah yang dilaporkan bersimpang siur sehingga pihak polis tempatan gagal mengesan laluan mereka keluar dari terowong berkenaan. 

Berikutan dengan kejadian seumpama bukan sahaja mengejutkan pihak berkuasa milan malah telah membuka mata dunia betapa bahayanya setiap terowong bawah tanah bila dijadikan laluan utama penjenayah melakukan rompakan sebagai mengaut keuntungan dalam sekelip mata ujar masyarakat setempat.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta mempromosi iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan