BUNGKUSAN MAKANAN COVID 19 UNTUK SEMUA MANGSA ZON MERAH
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Rakyat disemua Zon Merah Covid 19 dalam negeri ini meminta agihan bungkusan makanan disasar pengagihan terhadap seluruh rakyat yang terlibat dengan penularan penyakit tersebut tanpa memilih berdaftar dengan E. Kasih sahaja memandangkan seluruh jangkitan di Zon Merah terkesan memperolehi makanan dikalangan berpendapatan rendah namun tersisih dengan bantuan E. Kasih.
J.M.Abdullah berkata demikian sebagai mengulas sistem pengagihan bungkusan makanan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah yang berbeza jauh sejak Covid 19 menular dinegeri ini namun yang terpilih agihan bungkusan makanan hanya berdaftar dengan E.Kasih oleh kerajaan baharu negeri Sabah jelasnya.
Sebagai rakyat Sabah yang tergolong berpendapatan rendah kurang dari RM1,400 sebulan wajib dibantu oleh kerajaan walaupun tidak berdaftar dengan E. Kasih apa tak lagi berusia lebih 55 tahun dengan hanya berkerja disektor swasta tegas beliau.
Kerajaan Sabah perlu meneliti rungutan seluruh rakyat berpendapatan rendah agar mendapat agihan bantuan sama rata dengan semua pengagihan dinegeri negeri lain dalam negara ini.
Nota. Dilarang membuat catatan ulasan berita dan mempromosikan pelbagai iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan