Oleh. Norzaitie Kirwan
Berita Ringkas
JALAN PONTIANAK DITENGGELAMI BANJIR
KALIMANTAN. Sejak beberapa hari lepas banyak jalan raya yang ditenggelami air akibat hujan lebat sejak kebelakangan ini dikawasan Pontianak menyebabkan para pemandu kenderaan berwaspada semasa memandu dijalan raya.
Kebanyakan jalan raya yang ditenggelami banjir adalah sekitar kawasan tanah rendah dan berhampiran dengan Sungai sehingga membimbangkan perkampungan dikawasan tanah rendah jelas penduduk tempatan.
Walaupun jalan raya masih boleh dilalui oleh semua kenderaan namun pihak berkuasa tempatan sentiasa membuat pemantauan dari masa kesemasa disamping menasihati perkampungan tanah rendah dan tebing sungai supaya sentiasa siap siaga jika berlaku sebarang kemungkinan kawasan mereka ditenggelami banjir.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau mempromosi pengiklanan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan