Ahad, 29 November 2020

 Oleh. Basron Kirwan Dan Williem Anak Lagau 

PERMAKANAN BORNEO BANYAK TIMBUL DALAM PKPB DAN PKPD  

Kuala Lumpur. Sejak negeri Sabah dikenakan PKPB dan PKPD ramai warga asli masyarakat mereka mempamerkan makanan tradisi mereka sebagai meneruskan kesinambungan  hidup bersama keluarga dirumah masing masing tidak ada yang berani keluar rumah tanpa urusan yang penting dan diluluskan pihak berkuasa untuk keluar rumah. 


Kebanyakan makanan orang asli Sabah sepanjang PKPB dan PKPD dianggap oleh mereka penuh berkhasiat disamping senang diperolehi malah dalam aspek herba ada yang mereka tanam sendiri sebagai mempertahankan diri mereka dari ancaman Covid 19 yang mengancam seluruh dunia masa kini.

Menurut sumber maklumat orang asli Sabah bungkusan makanan Covid 19 yang diwar warkan oleh kerajaan pusat sebagai keutamaan dikawasan zon merah masih samar diterima memandangkan dalam dua bulan kebelakangan ini terdapat orang asal Sabah tidak menerima bantuan tersebut dan ada yang melaporkan hanya sekali menerima bantuan berkenaan sedangkan semua serupa diarah duduk rumah jelas mereka.

Sama sama lah kita memelihara keluarga dari ancaman Covid 19 dengan mengelak dari bergaul bebas dengan masyarakat sekeliling sepanjang masih wujud penyakit Covid 19 serta ramai orang asli Sabah mengharapkan pembahagian bantuan bungkusan makanan Covid 19 dapat diagihkan sama ada orang kampung mahupun para penghuni rumah rumah kos rendah dan flat perumahan dikawasan zon merah serangan penyakit Covid 19 ungkap mereka penuh harapan. 






Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan mempromosi iklan perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan