Sabtu, 28 November 2020


 ISU BELANJAWAN 2021 SENGKETA POLITIK BESAR. 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Selepas perdebatan isu belanjawan 2021 hangat disidang Parlimen kini keluar pula pergeseran beberapa pemimpin parti pembangkang dimana saling bergeseran sesama sendiri akibat gagal menghalang belanjawan tahun 2021.

Beberapa pemimpin DAP masa kini begitu berani sekali mencadangkan mahu mengajak seluruh kepimpinan mereka membubarkan Pakatatan Harapan jika Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Pembangkang di Parlimen tidak memohon maaf dengan seluruh rakyat Malaysia akibat membiarkan Belanjawan 2021 diluluskan semalam.

Pertikaian pemimpin pembangkang tidak sedikit pun memberi impak pada rakyat Malaysia masa kini dimana masih majoriti besar seluruh rakyat mengharap belanjawan tersebut demi manafaat mereka sepanjang menghadapi pandemik Covid 19 sehingga tahun hadapan 2021.

Pemimpin pembangkang seharusnya sama sama bangkit dan turun padang melihat masaalah Jalan Raya yang lebih 4 0 tahun dinegeri Sabah tidak dapat diturap sebagai kepentingan penduduk orang asal bersama generasi muda mudi mereka. 

Selain Jalan Raya dilaporkan dinegeri Sabah wujud rumah rumah orang kampung gagal memperolehi bantuan perumahan PPRT percuma walaupun terlalu ramai yang layak ujar orang asal Sabah yang susah kehidupan ketika dihubungi hari ini.

Apapun pergeseran dalam perjuangan Pakatan Harapan rakyat seluruh Malaysia hanya satu penantian berusaha kendiri bersungguh sungguh demi menunggu tahun 2021 akan datang tegas mereka. 






Nota. Dilarang nembuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan diakbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan