Selasa, 24 November 2020


 Oleh. Norafzah Dollah

PENULARAN COVID 19 SELAMBA BAGI ORANG ASING 

Sabah. Sebilangan masyarakat orang asal dalam negeri ini terkilan dengan sikap Warga Asing yang kerap berkeliaran tidak memakai pelitup muka, pelitup muka gantung didagu, berkumpul tanpa penjarakan hampir setiap hari dipekan pekan kecil tanpa takut dengan Covid 19 yang menjadi musuh dunia hingga kini.

Kebimbangan sebilangan orang asal dalam negeri ini juga adalah Warga Asing yang keluar masuk dikedai barangan superstore, kedai runcit, mini market selepas berkumpul kumpul tanpa penjarakan sosial bercampur dengan orang asal dalam negeri ini didalam kedai tanpa diketahui bersihkah mereka dari virus Covid 19.

Q. James Paulus mendedahkan kes ini berlaku dipelusuk pekan pekan kecil didalam negeri ini hampir setiap hari walaupun terdapat banyak sekatan jalan raya berjalan Warga Asing terus sahaja kelihatan berkumpul kumpul dilorong lorong kedai atau pasar pekan pekan kecil yang dilaporkan golongan terlibat tinggal menyewa kawasan berhampiran malah ada yang membina rumah setinggan tanah tanah terbiar bergeran namun pemilik entah kemana katanya.

Sehubungan dengan pendedahan ini kawalan perlu diperketatkan sekitar lorong lorong kedai dan pasar sayor pekan pekan kecil agar Warga Asing tidak bermaharajalela bergaul dengan golongan yang dilaporkan gemar bersekongkokol Warga Asing demi memutuskan rangkaian Covid 19 malah hanya Tentera seiring Polis sahaja yang mampu menggerunkan Warga Asing terang orang asal Sabah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan