AWAS BERKATA DUSTA PEMACU POLITIK
Oleh. Bujie Tuekarang
Sabah. Kelantangan menabur janji pada rakyat jelata setiap kali pilihan raya merupakan antara permainan sebilangan ahli parti politik bagi meraih sokongan undi yang mereka bantu berkempen calon bertanding namun selesai pilihan raya mereka terus hilang meninggalkan janji yang ditabur pada rakyat yang menyokong mereka.
Beberapa rakyat yang menjadi mangsa janji politik dusta dibeberapa kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah sempat berkongsi pada kru media terkini betapa tidak berperikemanusiaan golongan jentera parti politik mendustai rakyat sedangkan janji yang diberi adalah kepentingan orang ramai namun dilupakan sebaik lepas pilihan raya.
Antara yang yang banyak mendustai janji pada rakyat ialah jentera parti politik diperingkat bahagian agent penerangan parti politik dan ramai lagi golongan yang berjawatan dalam sesuatu bahagian parti politik segak bergaya dengan pakaian parti politik mereka namun ada juga yang sesekali mendustai rakyat yang menemui golongan terlibat.
Menurut sebilangan rakyat yang pernah menjadi mangsa dusta orang parti politik diperingkat sesuatu bahagian langkah kanan mereka ialah bertindak menghukum ahli parti politik pendusta dengan berkempen dalam pilihan raya supaya calon yang didokong jentera parti mendustai rakyat pasti tewas dalam pilihan raya jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau menyiarkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan