Rabu, 25 November 2020

BELANJAWAN 2021 DINANTI RAKYAT MALAYSIA  

Oleh. Basron Kirwan 

Parlimen. Dalam tekanan hidup rakyat Malaysia menghadapi situasi pandemik Covid 19 dan amat mengharap Belanjawan 2021 diluluskan oleh seluruh ahli Parlimen yang diundi rakyat demi membantu mereka dalam masa kesusahan sudah pasti dua kesimpulan dihati rakyat jika digagalkan dihukum undi dan jika diluluskan ahli parlimen kekal sokongan.

Perbelahan ahli ahli parlimen bagi menyokong belanjawan 2021 mahupun memiliki ilham lain bagi menolaknya melibatkan berjuta rakyat Malaysia akan lebih merana gagal memperolehi manafaat belanjawan yang dirancang menghulurkan pembelaan seluruh rakyat berpendapatan rendah seluruh negara.

Dalam rakyat seluruh negara berdiam diri dengan hujah hujah Ahli Parlimen yang nekad berusaha menggagalkan belanjawan 2021 naluri hati mereka sekadar berkata derita kami boleh ditentukan dalam pangkah pilihan raya Parlimen akan datang dimana kuasa kami hanya mengundi  suara hati mereka.

Apapun belanjawan 2021 rakyat seluruh negara bakal memastikan seluruh Ahli Parlimen yang kurang prihatin terhadap harapan rakyat Malaysia yang teruk terjejas sejak pandemik Covid 19 melanda namun masih ada lagi Ahli Parlimen menolak belanjawan demi perbedaan politik serta kuasa yang dihajati mereka sehingga lupa pada kami rakyat jelata yang susah diseluruh negara terang Joanis Peter.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau menceroboh siaran iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan