Rabu, 25 November 2020

PETUGAS SEMPADAN PERLU DIBEKAL KALIS PELURU 

Oleh. Jasly Dollah 

Kuala Lumpur. Semua anggota Tentera dan Polis yang ditugas mengawal sempadan pelbagai penyeludupan panas perlu dibekalkan dengan baju kalis peluru demi keselamatan nyawa semua anggota yang bertugas mengawal sempadan siang dan malam secara serta merta berikutan pihak penyeludup masa kini lengkap memiliki senjata api.

Golongan penyeludup masa kini yang banyak memiliki jenayah lampau disamping banyak terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga menyebabkan mereka begitu berani menembak anggota keselamatan semasa bertembung disekitar pagar sempadan tanpa perikemanusiaan.

En. Paulys D seorang ahli Bekas Perajurit berkata demikian sebagai memberi pandangan terhadap beberapa anggota Polis terkorban ditembak pihak penyeludup yang berusaha mengekang perbuatan mereka menyeberangi sempadan katanya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan