COVID 19 MENYERANG LEBIH 46.39 JUTA DUNIA
Oleh. Huzera Ben
New York. Dalam serangan penyakit Covid 19 seluruh dunia mencatat lebih 46.39 juta kes positif sehingga hari ini dimana Amerika Syarikat mendepani kes positif tertinggi melebihi 9.40 juta manakala jumlah kematian dinegara ini melepasi 236,000.
Bagi negara India menjadi kedua tertinggi jangkitan positif berjumlah 8.18 juta orang dengan jumlah kematian setakat ini 122,000 orang manakala Brazil melepasi 5.53 juta orang positif Covid 19 dengan jumlah kematian 159,000 orang.
Negara Rusia melepasi 1.61 juta orang positif Covid 19 dengan jumlah kematian hampir 28,000 orang disertai Francis 1.36 juta orang positif Covid 19 manakala kematian lebih 36,000 orang manakala Sepanyol 1.26 juta orang positif dengan kematian melepasi 35,000 orang semuanya.
Adalah menjadi peringatan masyarakat diseluruh dunia betapa bahayanya sistem jagkitan penyakit tersebut supaya berhati hati dengan jangkitan penyakit tersebut agar terlindung dari jangkitan setiap kali semasa berada dikhalayak ramai.
Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan mahupun menyiarkan sebarang iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan