ISU PENGEMIS JALANAN MISKIN TEGAR ATAU DIRANCANG?
Oleh. Koijul Hairul
Pengemis jalanan mempunyai dua kumpulan yang jauh berbeza jika masyarakat bijak mendekati mereka yakni MISKIN TEGAR dan PENGEMIS DIRANCANG oleh kumpulan sindeket mengaut keuntungan semata mata.
Pengemis Miskin Tegar akan duduk tanpa rasa serba salah atau takut setiap mereka meminta sedekah tiap hari berbanding Pengemis Dirancang sentiasa tidak senang duduk memerhati sekeliling jika ada pihak berkuasa membuat operasi pasti golongan terlibat laju berlari menyelamatkan diri.
Bagi Pengemis Miskin Tegar golongan terlibat sanggup ditangkap dalam operasi pihak berkuasa agar dapat meluahkan masaalah mereka yang sebenar kearah memohon bantuan pihak kerajaan secara jelas bagi mengurangkan bebanan hidup keluarga mereka.
Dalam tinjauan kru media terkini sejak beberapa bulan lepas isu Pengemis Miskin Tegar memang wujud berikutan kurangnya pemerhatian golongan pemimpin bawahan yang dilantik kerajaan masa lalu melaporkan rakyat jelata yang susah dikampung mereka masing masing ujar warga miskin ditemui.
Bagi Pengemis yang dirancang ianya tidak berpenghujung berikutan perancang kerjaya mereka sentiasa memantau dari jauh gerak geri orangnya agar tidak ditangkap pihak berkuasa tempatan.
Nota. Dilarang membuat catatan ulasan dan penyiaran pelbagai iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan