Isnin, 2 November 2020


  MENGAPA RAMAI CALON TEWAS PILIHAN RAYA?  

Oleh. Bujie Tuekarang 

Sabah. Isu terlalu ramai calon tewas dalam setiap kali pilihan raya negeri tentu nya menjadi bahan perbualan masyarakat berbilang kaum dinegeri ini  yang hanya muncul selepas suruhanjaya pilihan raya bubarkan Dun mahupun Parlimen.

Apa yang rakyat persoalkan ialah ratusan yang muncul menjadi calon dalam pilihan raya dengan pelbagai visi dan misi ditaburkan pada rakyat jelata dikawasan yang ditandingi namun sebaik tewas dalam pilihan raya terus hilang entah kemana.

Bayangkan lah nasib rakyat yang menjadi penyokong politiking seumpama kemana haluan mereka sebaik calon dan parti yang mereka wakili menyepi tanpa kesinambungan memperjuangkan rakyat yang telah ditaburkan visi dan misi manis umpama gula dibibir mulut keluh rakyat yang ditemui. 

Politiking didalam negeri Sabah juga hanya keluhatan kelibat pemimpin yang menjadi calon lebih kurang dua puluh hari sahaja mendampingi rakyat jelata semata mata mahu minta diundi menjadi wakil rakyat, anehnya sebaik sahaja kerajaan baharu ditubuh semua calon yang mewakili parti masing masing termasuklah Bebas tidak nampak kelibat mendampingi rakyat jelata apa tak lagi warga kampung atau perkampungan nelayan jauh sekali kelibat mereka ditemui membuatkan penyokong setia mereka banyak hilang arah politik.

Kebanyakan rakyat yang ditemui menyifatkat calon dan parti politik seumpama perlu direkodkan dalam memori rakyat Sabah supaya mengenali raut wajah dan logo parti politik yang diwakili agar tidak terpedaya menjadi penyokong sementara mereka yang jelas dibiarkan tanpa halatuju sebenar selepas pilihan raya tegas mereka.

Untuk rekod Sabah kini mempunyai 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan dipertandingkan pada pilihan raya akan datang.  








Nota. Dilarang membuat catatan ulasan politik dan memuatkan pelbagai iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan