Selasa, 7 Januari 2025

SOKONGAN WARGA BERHASIL

Oleh. Basron Kirwan

Puterajaya. Himpunan aman
 untuk Datuk Najib  Tun Razak

dilaporkan berjaya berikutan terbongkarnya titah adendum yang tidak diketahui umum selama ini.

       Pemimpin pergerakan pemuda BN dari UMNO, MCA dan MIC serta para pemimpin parti PAS serta badan pertubuhan NGO berjaya berhimpun secara aman. 

       Sebaik sahaja dimulakan prosiding  ianya mendapat keputusan 2-1 bagi 3 hakim yang mengendalikan kes tersebut, kes tersebut diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk prosiding semula pada 13 Januari 2025.

     Surat titah adendum menjadi tumpuan bukan sahaja diseluruh Malaysia malah ditonton oleh seluruh  dunia dengan pelbagai pandangan berbeza beza, namun kepimpinan pemuda BN  yang hadir pada himpunan aman berkenaan yakin Datuk Najib Tun Razak mendapat peluang tahanan dalam rumah kelak ujar mereka.

        Perbezaan arus politik tidak menghalang bagi himpunan aman demi Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat titah adendum  pengampunan tahanan rumah, sebaliknya ada juga warga Malaysia yang bersahaja  dengan simpati seluruh perhimpunan secara aman didepan Puterajaya pada Isnin demi menyokong titah adendum berkenaan.

         Apapun penyokong diperhimpunan aman demi Datuk Najib Tun Razak Isnin lepas mengharap keputusan pada 13 Januari 2025 terus memberi kelebihan pada BOS KU jelas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan