Sabah. Hanya orang tertentu sahaja yang mencari ketiadaan minyak masak peket plastik bersubsidi dinegeri ini, ramai orang yang ditemui selamba menjawab apa boleh buat sudah tiada beli sahaja yang mahal asal dapat minyak masak untuk keluarga.
Antara luahan sebilangan penduduk Sabah yang ditemui kru Media Terkini bagi merungkai isu ketiadaan minyak masak pekej plastik berharga RM2.50 sebungkus, ada juga yang diam membisu bila ditemui berhubung ketiadaan minyak masak tersebut walaupun mereka kerap mencari dikedai kedai berhampiran.
Minyak masak pekej plastik berharga RM2.50 dalam negeri Sabah sukar ditemui sejak beberapa bulan lalu sehingga masa kini dinegeri ini, anehnya orang orang pekedai runcit luar bandar banyak menjualnya dengan harga antara RM3.50 hingga RM4.50 satu pekej ujar warga yang ditemui.
Terdapat juga maklumat orang tempatan mendedahkan agent agent minyak masak peket plastik bersubsidi memainkan peranan menghantar kepada penjual tidak berdaftar, tidak hairan lah jika minyak tersebut sampai dijual dengan harga RM3.50 hingga RM4.50 satu peket plastik yang bersubsidi terang mereka yang ditemui Media Terkini dekat sini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurusan penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan