Rabu, 29 Januari 2025

BUMI KENYALANG BANJIR

Oleh. Jusupi Anak Kurdi dan Williem Anak Lagau

Bintulu. Warga tempatan cemas dalam menyambut tahun baru apabila perkampungan mereka dilanda banjir besar masa kini.

       Kebanyakan perumahan 
dan perkampungan tanah re

ndah habis ditenggelami air banjir sehingga ada yang dipindahkan kepusat pemindahan bencana banjir. 

      Sehingga hari ini lebih 1,026 orang yang telah dipindahkan dipusat pemindahan bencana banjir seluruh negeri , antara yang dilanda banjir ialah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

        Menurut laporan pihak berkuasa masa kini, seorang remaja maut manakala empat lagi dilaporkan mungkin tertimbus ditanah runtuh di Kg. Lereng bukit Miri yang masih dalam usaha pencarian  jelas mereka.

        Warga Sarawak juga turut menyambut hari Gong Xi Fa Cai dalam suasana banjir menyebabkan kurang seri dan kemeriahan dalam perayaan mereka, sanak saudara serta sahabat handai sukar bergerak bagi memeriahkan sambutan Gong Xi Fa Cai  masa kini lapor mereka.

        Sehingga kini belum ada petanda air banjir surut bagi bumi kenyalang dan warga tempatan mengharapkan ianya akan surut secepat mungkin, banjir bukan sahaja menjejaskan sambutan Gong Xi Fa Cai malah turut menghalang segala pergerakan penduduk sekeliling sepanjang masa tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan