Jumaat, 31 Januari 2025

HANYA RUNGUTAN DIUNGKAP TIAP HARI

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Puluhan batu warga desa sekadar melontar rungutan kegagalan memperolehi barangan bersubsidi dinegeri ini sejak beberapa tahun yang lepas, ini disebabkan mereka jarang sekali 
 kebandar atau pekan

bagi membeli belah dimana semua barangan bersubsidi sudah dibeli orang berhampiran.

      Antaranya ia

lah Minyak Masak peket plastik dan telur murah yang seharusnya untuk orang miskin, sebaliknya orang kampung jauh terpencil hanya dapat telor import  mahal disamping minyak masak tanpa subsidi ungkap orang kampung terpencil.

        Ramai orang kampung mendedahkan bahawa semua barangan bersubsidi dikuasai peniaga gerai makan dan kueh mueh serta kedai runcit kecil kecilan, mereka dilaporkan membeli berkumpulan atau berkomplot pengedar kemudian diguna untuk memasak makanan dan kueh mueh jualan dengan harga tinggi  ujar mereka.

      Bagi kedai runcit kecil kecilan pula mereka beli dalam jumlah banyak harga subsidi RM2.50 satu peket kemudian dijual antara RM3.50 hingga RM4.50 satu peket secara sembunyi keluh orang kampung.

       Orang kampung di Sabah bertanya sampai bila keadaan ini berlaku dalam negeri ini orang berniaga yang mengaut semua keuntungan barang bersubsidi?, manakala orang miskin terus tertindas oleh warga mereka yang tamak haloba tidak sudah mengaut keuntungan dengan kesempitan hidup orang miskin diluar bandar soal mereka.

       Orang orang miskin diperkampungan terpencil hanya mampu membeli telor mahal dan minyak masak tanpa subsidi berpuluh puluh ringgit bila mereka turun kepekan, ini harus ditangani pemimpin kerajaan negeri bergabung dengan orang orang politik membawa barangan bersubsidi kesetiap kampung jauh terpencil 2 kali sebulan demi orang miskin dikampung ungkap warga desa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan