Sarawak. Perjuangan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Zohari Tun Datuk Haji Abang Openg Premier Sarawak mahukan kemajuan pendidikan dan digital bagi anak anak bumi Kenyalang.
Perjuangan kerajaan Sarawak juga sentiasa berpegang pada prinsip perlembagaan tidak memusuhi Malaya malah seiring memajukan negeri sebagaimana kemajuan negara Malaysia.
Peranan Premier Sarawak yang bakal memberi pendidikan percuma terhadap pelajar yang memasuki univerisiti Sarawak pada tahun 2026 terus mendapat keyakinan penduduk tempatan, prinsip Premier Sarawak yang membawa rakyat Sarawak berbaik dengan Malaya demi memohon hak hak yang termaktub dalam perlembagaan MA 63 kini hampir berjaya.
Sebagai rakan Malaya prinsip menggunakan istilah 'Assalamualaikum' bagi memohon sesuatu projek perlaksanaan bersama antara Petronas dan Petros kini berjaya, ini lah langkah Sarawak mula mencapai kejayaan termasuklah industri Penyiaran Akbar Bercetak, Akbar Eletronik dan kini Stesen terbesar mereka TVS yang berkumandang dengan megah seluruh dunia.
Semua negeri dalam Malaysia jika saling menghormati perlembagaan terdahulu tanpa mewujudkan perbezaan pendapat sesama dalam Malaysia, pasti beroleh kejayaan seperti apa yang telah dicapai kerajaan dan rakyat Sarawak pada masa kini agar ianya berkekalan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan