Jumaat, 31 Januari 2025

SEMPADAN SYRIA DIKAWAL ISRAEL?

Oleh. Danny Rew

Syria. Tentera zionis Israel terus berkampung  di sepanjang jalan gunung Hermon selatan  negara ini sejak kejatuhan Bashar Al-assad bekas Presiden Syria.

       Warga Damsyik sangat gusar berikutan tidak ada petunjuk Israel akan meninggalkan gunung Hermon selatan Syria sehingga hari ini, malah tingkah laku Israel yang kerap melakukan provokasi terhadap penduduk Syria berhampiran sempadan kerap sekali ujar mereka. 

       Zionis Israel bukan sahaja menghancur umat Islam malah negara negara yang banyak diduduki pemimpin Islam sentiasa menjadi sasaran mereka, tidak terkecuali  negara seperti  Iran, Lubnan serta Gaza dan  Rafah sejak beberapa tahun yang lepas  tanpa sebarang insaf membela  segala umat islam ujar warga Damsyik. 

        Kebanyakan pemimpin umat Islam mahupun rakyat  jelata yang menduduki  negara negara berhampiran sempadan Israel  dilaporkan terus diserang  provokasi kumpulan zionis  Israel, orang awam yang tidak berkaitan dengan para pejuang Islam khususnya kanak kanak serta wanita  ramai ditembak tentera zionis Israel dengan peluru hidup ungkap mereka.

        Ini lah dasar zionis Israel yang hanya berperang dengan setiap umat Islam dinegara berhampiran, amat menyedihkan adalah kanak kanak serta wanita yang tidak berdosa kerap menjadi sasaran golongan mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan