Isnin, 27 Januari 2025

KEDUDUKAN SABAH SEMASA

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Menjelang PRN Sabah tahun 2025 semua kerusi dun panas dengan bahang cerita parti politik entah siapa yang jujur iklas menolong rakyat dalam semua masaalah pembangunan dan ekonomi yang tertinggal setiap lima tahun.

     Bayangkan majoriti  parti  yang menawarkan  diri mahu bertanding dalam pilihan raya negeri bercakap manis bagai Gula Madu Tualang, namun semua impian  yang diharap warga  luar bandar masih juga dalam keadaan samar tanpa dikecapi menyeluruh warga kampung.

       Setiap kali menjelang pilihan raya semua orang politik yang berhasrat mahu bertanding dalam pilihan raya pasti bercakap mahu membangun pembangunan serta ekonomi semua rakyat, sebaliknya ramai rakyat jelata mendedahkan selepas pilihan raya kebanyakan orang bercalon parti politik susah sudah ditemui mahupun dihubungi telipon mereka apa tak lagi golongan yang tewas undi  kata mereka.

       Sehingga berita ini ditulis, orang parti politik masing masing berjumpa rakyat  menawarkan diri mahu menjadi calon pilihan raya dengan pelbagai ungkapan kata, macam macam diungkap kata manis demi menawan hati pengundi  demi mereka menang dalam pilihan raya tahun 2025 namun semua permohonan rakyat tidak ada yang ditunaikan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pemgiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan