Kuala Lumpur. Penduduk negeri ini kesal dengan sikap warga mereka sendiri mengaut keuntungan dari semua barangan bersubsidi namun berpolitik salahkan Semananjung Malaysia.
Bayangkan minyak masak peket (gambar) plastik bersubsidi RM2.50 sebungkus ini boleh mereka jual RM
3.50 hingga RM4.50
Ini didedahkan bebe
rapa warga Sabah yang menghubungi Media Terkini Kuala Lumpur mengaku keciwa dengan kejadian tersebut, turut melonjak naik adalah harga telor 10 biji RM8.20 malah 30 biji (1 Tray) berharga RM2O.OO hingga RM21.00 entah kemana subsidi mereka simpan pada setiap jualan.Bayangkan sebilangan penduduk negeri tersebut sanggup menjual setiap urusniaga mereka dengan harga kayangan dengan menuding jari Malaya naik harga barangan, sebaliknya golongan yang menjual harga barangan bersubsidi adalah penduduk Sabahan dimana minyak masak RM2.50 dijual RM3.50 hingga RM4.50 konon nya tambang pengangkutan sedangkan minyak Desel Sabah bersubsidi dan Petrol sama dengan Malaya ujar warga Sabah.
Dalam isu ini warga Sabah meminta jangan politikan segala kenaikan harga barang akibat sikap tamak segelintir peniaga tempatan negeri ini, bukan sahaja barang bersubsudi dinaik kadar harga malah kenderaan persendirian pun digandakan kadar tambang mengaut untung 10 kali ganda antara 3 hingga 7 batu sahaja.
Ramai juga warga Sabah mencadangkan biarlah berpolitik secara rasional tanpa menyalahkan parti politik Malaya jika warga sendiri ramai tamak sesama bangsa, kru Media Terkini yang dimaklumkan peniaga kedai runcit luar bandar dan pemandu kenderaan persendirian naik kadar harga dan tambang semua orang Sabahan.
Apapun semua masaalah yang berlaku ini wajar disedari oleh penduduk Sabah yang terkesan perbuatan warga mereka sendiri mengaut untung berlebihan, sebaliknya bila main politik salahkan segala parti politik Malaya yang langsung tidak berkaitan harga barang bersubsidi naik sepanjang masa jauh berbeza Sarawak jelas orang Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan