Jumaat, 24 Januari 2025

SABAH SESUKA HATI MEROKOK?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Warga perokok diseluruh Sabah bebas dan sesuka hati merokok ditempat awam berikutan terlalu senang memperolehi bekalan yang murah.

     Pengaruh perokok orang asing  dilaporkan berjaya mempengaruhi  sebilangan warga tempatan sehingga  merokok,  sesuka hati ditempat awam menyebabkan orang tidak merokok terbatuk
batuk  tanpa perikemanusiaan. 

     Ramai perokok dikalangan warga asing sanggup bersekongkol dengan perokok tempatan  bagi menghembuskan asap rokok ditempat orang ramai, namun bila mereka ditegur agar tidak merokok didepan orang orang tidak merokok marah pula sehingga ada yang menengking orang menegurnya.

Antara pendedahan warga Sabah yang tidak merokok kepada kru Media Terkini sebagai tekanan mereka mendepani perokok asing dikhalayak ramai setiap hari, mereka juga merasa buntu dimana hendak mengadu bagi  menghalang perokok asing  menguasai tempat awam bagi menghembus setiap asap rokok dikhalayak ramai sepanjang masa tegas mereka. 

       Majoriti perokok asing  juga dilaporkan menggunakan rokok seludup yang bau asapnya jauh berbeza dengan rokok yang dijual dalam pasaran penuh kelulusan pihak kerajaan, warga Sabah percaya kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat mampu membantu menghalang warga asing merokok ditempat orang awam setiap hari demi kesihatan orang awam. 






Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan AkbarMedia Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang






Tiada ulasan:

Catat Ulasan