Lahad Datu. Kepantasan pihak berkuasa mematahkan Pati menyeludup rokok dikawasan setinggan perlu diberi perhatian penduduk Sabah supaya tidak memberi ruang pada mereka menumpang dalam penempatan mereka.
Perlakuan menyeludup rokok serupa juga menipu kerajaan Malaysia dengan mengelak dari membayar cukai demi mengaut keuntungan peribadi, golongan terlibat yang jelas dilaporkan PATI juga membuktikan mereka seolah olah mahu berniaga secara tidak sah didalam negeri Sabah.
Dalam langkah mendepani penyeludupan rokok diseluruh Sabah semua orang warga Sabahan perlu satu hati menolaknya setiap hari tidak kira apa juga kedudukan nya, jika warga Sabah masih lagi melanggani rokok seludup para penyeludup rokok terbabit akan sentiasa mencari laluan tikus bagi membawa rokok mereka kenegeri tersebut.
Semua penyeludupan rokok dari luar negara memasuki negeri Sabah dilaporkan berpunca dari permintaan tinggi orang Sabah berbilang bangsa dan agama, tidak hairan lah Pendatang Asing Tampa Izin sanggup menceroboh memasuki Sabah menerusi kloni setinggan transit mereka sebelum diedar kepada orang tengah warga tempatan.
Langkah utama membendung kes rokok seludup adalah bersatu menolaknya tanpa membeli golongan penjual disetiap lorong kaki lima dan kedai kedai runcit, jika orang Sabah masih terus melanggani tanpa berfikir salah membeli rokok seludup maka sampai bila bila pun penyeludupan PATI ke Sabah tidak akan terhenti.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan