Kuala Lumpur. Impian menanam nenas bagi orang kampung terpencil diSabah hanya angan angan kosong sampai hari ini, ianya dilaporkan terlalu banyak tanah tanah geran penduduk kampung yang gagal dibina jalan raya pihak kerajaan negeri dan persekutuan amnya.
Ini didedahkan penduduk bumiputera Sabah kepada Media Terkini Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berhubung penanaman nenas besar besaran demi ekonomi warga kampung, sebaliknya rancangan tersebut sekadar satu impian bagi pemilik geran tanah yang jauh keperkampungan terpencil tanpa dibantu kerajaan bagi membina jalan raya setempat jelas mereka.
Menurut warga desa negeri Sabah, bagai mana hendak menanam nenas ditanah persendirian orang orang kampung tanpa jalan raya berbatu batu jauh nya dikawasan bukit bukau, hendak mengangkat 10 biji dengan sikutan berjalan kaki naik bukit turun bukit siapa yang mampu jika kebun lebih 10 ekar bagaimana usaha tanpa jalan raya soal mereka.
Bercakap mahu mengusahakan kebun nenas secara berterusan sepanjang masa memang senang namun siapa mahu membantu mengangkatnya dengan berjalan kaki berbatu batu jauh nya, jika ada yang tampil membantu mohon turun padang tinjau dahulu tanah tanah geran orang kampung di tanah tinggi lebih 60 tahun masih belum ada jalan raya ujar mereka.
Penduduk asli Sabah berharap dengan pendedahan ini kerajaan Malaysia dapat bantu turun padang melihat orang kampung yang masih belum ada jalan raya lebih 60 tahun, jangan ungkap kata menanam nenas selagi jalan raya gagal dibina untuk orang orang kampung bumiputera asli Sabah berbatu batu jauh nya yang jelas 10 biji nenas pun sukar diangkat ungkap mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan