Sabah. Kebanyakan penduduk negeri ini sepi tanpa suara walau merungut sesama sendiri berikutan kegagalan memperolehi Minyak Masak bersubsidi untuk warga miskin warga negara Malaysia.
Minyak Bersubsidi berharga RM2.50 sukar diperolehi bagi kawasan pekan pekan kecil dipercayai disorok golongan peniaga yang mahu mengaut untung besar, golongan warga miskin yang bertanya akan dimaklumkan harga RM3.50 hingga RM4.50 satu peket jika ada yang mahu secara terpaksa berbanding tanpa subsidi.
Antara pendedahan golongan yang kerap menjadi mangsa penipuan para penjual minyak masak tersebut tanpa perikemanusiaan, kebanyakan peniaga terlibat hanya membeli dari agent berdaftar dengan pelbagai helah dan dijual semula secara tinggi demi mengaut untung berganda ujar mereka.
Kru Media Terkini harian Malaysia yang melakukan tinjauan hanya mendapat kerjasama dikalangan pelanggan tetap akbar ini setiap hari, manakala warga yang jarang melanggani akbar ini mendakwa sudah berulangkali dilapor media tempatan Sabah namun masih berterusan kegiatan yang sama jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan