Kota Kinabalu. Semua pemimpin politik Sabah masa kini saling mengharap mendapat sokongan para pengundi dalam bandar mahupun luar bandar, sebaliknya terlalu sedikit yang menggerak jentera parti keakar umbi sampai keperkampungan terpencil bagi meraih sokongan undi tidak berbelah bahagi.
Keghairahan pemimpin parti politik menggerak politik bagi negeri Sabah memang terbaik namun tidak semua rakyat diluar bandar beratus ribu orang mendengar hujah pemimpin terlibat, manakala sebilangan orang politik Sabahan pula bukan muda ditemui orang orang kampung apa tak lagi menjelajah bertemu seganap orang kampung yang dahagakan pembelaan dikalangan orang pemimpin politik.
Kepimpinan pusat Parti Bersatu perlu merubah langkah politik mereka mendahului pertemuan warga desa bagi negeri Sabah jika mahu undi terbesar, kebanyakan pengundi orang orang kampung hanya mahu mengundi pemimpin yang menemui mereka sekerap mungkin demi mengenali kewibawaan kepimpinan mereka.
Antara cadangan warga desa seluruh Sabah berhubung lawatan Datuk Hamzah Zainudin ke Sabah baru baru ini berhubung halatuju perjuangan Parti Bersatu dalam PRN Sabah akan datang terutama meraih undi kemenangan dalam PRN kelak, Parti Bersatu merancang mahu bertanding 18 kerusi Dun yang belum diumum dalam PRN negeri akan datang namun dipercayai kerusi yang mereka pilih adalah kawasan yang pernah ditandingi pada PRN Sabah yang lepas namun hanya 10 kerusi yang menang.
Tidak dinafikan Bersatu Sabah boleh mendapat sokongan jika kepimpinan setiap bahagian bergerak aktif sampai kepada rakyat jelata luar bandar sampai PRN Sabah penghujung tahun ini, sebaliknya jika agenda perjuangan mereka serupa dengan sebilangan pemimpin parti tempatan yang terlalu sukar menemui warga kampung sehingga PRN akan datang bukan mudah beroleh kemenangan ujar pengundi Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan