Ahad, 12 Januari 2025

ISU HAM & CHEES ISLAM PERLU SEDAR

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Semua pihak gempar pendedahan Ham & Chees dilaporkan memiliki sijil Logo Halal dalam pasaran KK Concept Store baru baru ini.

        Turut bersuara dalam kes tersebut ialah Datuk Dr. Akmal Salleh Ketua Pemuda Umno Malaysia agar pihak berkuasa menyiasat produk tersebut bagaimana peroleh sijil Halal.

        Kebanyakan mereka yang bersuara adalah kepentingan semua umat Islam sejati agar tidak terpedaya dengan produk yang meragukan, malah ramai umat Islam sejati seluruh negara memuji suara yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Akmal Salleh berhubung penjualan Ham & Chees berlogo Halal jelas mereka.

        Isu seumpama wajar dihayati semua umat Islam sejati agar tidak muda dipesongkan golongan yang mahu mengaut keuntungan, bukan sahaja umat Islam di Semananjung Malaysia malah perlu melibatkan kesedaran seluruh umat Islam Sarawak dan Sabah setiap masa.

     Sehingga berita ini ditulis belum ada penjelasan pihak berkuasa agama Islam berhubung kewujudan Sijil Halal Ham & Chees dalam pasaran sama ada tulen atau sebaliknya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalan akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan