Rabu, 15 Januari 2025

HATI HATI PADA LAMAN SOSIAL

Oleh. Lenny Noor Abdullah

Kuala Lumpur. Pelbagai teknik warga masa kini melakukan skim penipuan serta perjudian yang kerap diumumkan oleh pihak berkuasa setiap negara.

       Sebaliknya warga disetiap negara kian ramai terjebak dengan skim penipuan serta perjudian tanpa sesalan melainkan mereka tertipu dan kalah dengan teruk baharu terduduk, ini lah lumrah warga disetiap negara sehingga ke negeri negeri kecil mahupun pekan pekan terpencil pasti wujud  perbuatan seumpama.

         Kebanyakan trend skim penipuan dan skim perjudian dilakukan warga dengan penuh sedar tidak mengira bangsa dan agama, namun bila tertipu dan kalah teruk baharu nak cakap diperdaya dan ditipu walaupun ianya dilakukan dengan sengaja tanpa berfikir panjang.

       Contohnya perjudian dalam talian, tidak mungkin semua yang membeli judi dalam talian tidak sedar perbuatan mereka setiap hari  namun disebabkan tamak terus juga melangganinya, demikian juga dengan scimmer dalam talian pelbagai umpan dibuat semua mangsa bersekolah dan berfikiran waras namun masih tertelan umpan tanpa  bertemu muka.

        Bayangkan mendepani kerugian ratusan ringgit sehingga mencapai juta ringgit lesap namun tidak pernah tinggalkan laman penipuan, demikian juga judi dalam talian dilaporkan semua ada dipekan pekan terpencil  namun pengikutnya terus meningkat bersama mangsa tertipu juga bertambah.

       Isu tertipu ini setiap hari dilaporkan dalam setiap berita dunia namun masyarakat  lelaki dan wanita terus juga melangganinya tanpa mendengar nasihat pasukan keselamatan tiap negara, ini mempamerkan warga moden terkini tidak lagi takut tertipu dan tidak sayang pada harta  yang ada langsung sahaja diberi pada orang yang tidak ditemui dengan muda penuh sesalan.

        




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan